SAHABAT-SAHABAT BARU YG DIKASIHI ALLAH SWT

MUNAJAT KU


"Ya ALLAH, aku manusia lemah, namun ENGKAU tentukan kesusahan dan kepayahan buat aku sedangkan aku lemah dalam menanggungnya. Tidak mengapalah Ya ALLAH, aku berharap dengan keadaanku ini ENGKAU akan belas kasihan padaku dan membantu aku mengatasinya".....

“Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku.. dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anakku.. serta jadikan lah aku saudara, sahabat dan pekerja yang menyenangkan hati "….. amin, amin, ya rabbal alaminn..

“AKU MENCARI CAHAYA MENYULUH SYAHADAH….

JALAN KE SYURGA TIANG MENEGUH AKIDAH….

Bersihkah Jiwaku? Halalkah Rezekiku?

Luruskah Langkahku? Teguhkah Taqwaku?

Diampunkah Dosaku? Diterimakah Ibadatku?

“…YA ALLAH, PELIHARALAH HATIKU AGAR TETAP KEKAL ISTIQOMAH DIJALANMU... SETELAH HIDAYAH YG KUDAMBA DIBERI OLEH-MU”…

"YA ALLAH... Aku serahkan anak-anakku
AHMAD AQIL
, AINNUR AQILAH & AHMAD AQIF
di bawah perlindungan kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat"
"Amin Ya Rabbal alamin"...

ITU AKU - IBUANI

“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”

Friday, February 24, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....


Syukur Alhamdullilah.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat....


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.



2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati  tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang  lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...



3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya... lahir saja bayi, seluruh  dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi  kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali  Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap  mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
 
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung. 


5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan  suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah  terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa  suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk  lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam  kesusahan isteri boleh bantu tambah  lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut  selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.



6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

..."alangkah untung nye menjadi seorg wanita... mengapa perlu menjadi lelaki ( tomboy, pengkid) sdgkan byk kelebihan seorg wanita... renungkan...


...."UNTUNGKAN JADI WANITA SOLEHAH... STOP MERUNGUT OK... TAAT, SABAR & REDHALAH PADA SUAMI KITA SELAGI TIDAK MELANGGAR HUKUM ALLAH SWT"...

* tp jgn ada yg bukan wanita nak jd wanita ye... dpt dosa besar nanti.. :p

0 comments:

Post a Comment

Assalammualaikum... Terima Kasih Diatas Komen Ikhlas Anda... Semoga Kehidupan Anda Dan Keluarga Sentiasa Dirahmati ALLAH SWT... Aminnnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Ya ALLAH, Jadikanlah Anak-Anakku Insan yg Soleh & Solehah yg Dpt Membela DiriKu & Suamiku serta Jadikan lah Aku Wanita Yg Dipimpin Dikalangan Org2 yg BERTAQWA”... Aminnn..

KEHIDUPAN BAHAGIA AYAH & IBU

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

SELAMAT HARI LAHIR ANAK-ANAKKU, IBU SAYANG KAMU SEMUA

Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker