Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh....
Syukur Alhamdullilah.. Segala puji
bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat....
Petikan
Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Apa
hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa pada
siang harinya?
Jawapan
:
Malam
nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar
dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada
hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain
serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan
Kuat (dari segi hukumnya).
Maka
mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah
sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang
timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali
hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara
hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ
رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ
أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ
وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ
تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا
فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي
وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul
Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah
kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk
mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan)
Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata : Wahai
'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu?
Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah
pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara
yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah
turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit
dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan
oleh hambaNya) lebih
banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing
peliharaan (bani) Kalb."
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.]
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ
جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ
شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ "
- رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina
Mu'adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda :"Allah memandang pada kesemua
makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa
kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan
Allah) dan
dosa orang yang bermusuhan."
[Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ
أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا
لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ
لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى
فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه
ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina
'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu
Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang
harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada
malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang
memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang
memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa
musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang
demikian ...sehinggalah terbitnya fajar."
[Riwayat Ibnu Majah]
Tidaklah
mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat
maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam
perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir
ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan
waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah
termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan
amalan tersebut tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa
perkara tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa
sekiranya meninggalkannya.
Hadis
daripada Ibnu Umar R.A telah berkata:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق
عليه .
"Nabi S.A.W
akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu
samada dengan berjalan
ataupun menaiki tunggangan."
[Riwayat Imam
Al-Bukhari dan Muslim.]
Berkata
Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
"Di
dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan
kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan
sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara
berterusan." -tamat
Berkata
Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :
"Ulama'
di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan
malam nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.
Pertamanya:
Adalah
disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid
ibn Ma'dan dan Luqman ibn 'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik
pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta
mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan
Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut
dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara
berjamaah : "Perkara tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini
dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya:
Sifatnya
adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta
bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat
secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli
Faqeh dan 'Alim." -tamat
Kesimpulannya
:
Maka
menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara
bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan
selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan
tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai
suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya
amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka
yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum
dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan
oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh
sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam
menghidupkan malam nisfu Sya'ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana
hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi
makruh.
Oleh
itu, digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.
Petikan
Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Terjemahan
: Ibnu Juhan Al-Tantawi
Sumber
: Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya'ban 1430,
m/s 136.